Isnin, April 18, 2016

RESEPI KEK GULA HANGUS



bahan-bahan yang diperlukan :

1 cawan gula pasir


1 cawan tepung gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

4 biji telur


2 sudu besar mentega atau marjerin (prefer planta or pelangi or buttercup)
untuk tekstur lagi cantik

1 cawan air panas

cara-caranya ialah

  1.  Cairkan gula pasir untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Pastikan api perlahan, dan lihat gula tersebut cair dan menjadi warna keperang perangan.
  2. Barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. TAPI ANDA PERLU BERHATI-HATI SUPAYA IA TAK MERECIK kerana ia akan meletup-letup. 
  3. kacau supaya gula tersebut larut dengan air tadi. sebatikan.
  4. Campurkan mentega kedalam larutan gula dan air tadi . kacau sehingga tiada ketulannya. tutup api dan biarkan ia sejuk.
  5. Pecahkan telur dalam bekas lain , pecahkan satu persatu. kacau guna garfu je pun boleh. kacau sampai dia berbuih .macam nak buat telur dadar tu.
  6. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata. 
  7. masukkan pula tepung yang diayak dengan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Kacau rata perlahan. (tips : kalau tak nak ayak tepung pun boleh tapi kena tapis sebelum masuk dalam loyang nanti, takut ada tepung yang berketul-ketul)
  8. Akhir sekali, masukkan campuran (mentega,gula dan air) tadi, dan kacau rata secara perlahan. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  9. Panaskan loyang diatas dapur sekejap, cair kan sedikit mentega atau marjerin, angkat loyang dan sapu pada keliling loyang .lapikkan dengan kertas pembakar atau kertas minyak , kalau takde boleh guna kertas A4 yang bersih, potong ikut kesesuaian loyang masing-masing. 
  10. Kemudian tuang adunan tadi  kedalam loyang. tutup sebentar menggunakan (plastik wrap atau kain yang bersih atau pinggan ) selama 30minit atau 1 jam .
  11.  Bila dah perap buka penutup tadi. barulah masukkan loyang tersebut ke dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 5 minit pada suhu 160C. Bakar selama 1jam.


selamat mencuba !







✿ Ƨтσяʏ βʏ Wαnα Dє'Lαvєяяα ✿

Tiada ulasan: