Ahad, Mei 22, 2016

RESEPI HOMEMADE KENTANG WEDGES & MAYONIS

RESEPI KENTANG WEDGES . 

BAHAN-BAHAN :
kentang (jumlah ikut awak nak banyak mana)
1 sudu besar lada hitam -di tumbuk (jadi serbuk)
tepung gandum ( saya guna 3 biji kentang , guna 4 sudu besar )
1/2 kiub ayam
garam


CARA-CARANYA :
  • cuci kentang , rendam dengan air panas selama 5minit .
  • angkat kentang dan potong bentuk wedges .jangan buang kulit .
  • rebus kentang tadi , letak kan bersama kiub ayam dan sedikit garam. (untuk nak tahu kntang tu dah boleh angkat ke belum , amik garfu .cocok kat kentang . kalau dah lembut sikit dan tak keras sgt boleh angkat . jangan biarkan kentang rebus terlalu lama.) 
  • bila dah siap rebus, angkat dan toskan.
  • letak dalam tupperware yang bertutup , kentang yang direbus tadi (setelah sejuk) . masukkan tepung dan lada hitam . tutup tupperware an goncang . biarkan selama 10 atau 15 minit. 
  • goreng kentang macam biasa.  api sederhana dan sentiasa kacau takut ia terlalu hitam .
SIAP !


RESEPI MAYONIS


BAHAN-BAHAN : 
2biji telur
1cawan minyak
2sudu besar cuka (saya guna cuka jalen)
1 sudu kecil garam

CARA-CARANYA:
  • amik blender , masukkan semua bahan diatas . blend selama 5minit.
  • amik periuk kecil atau kuali (ikut keselesaan awak) tuangkan semua bahan tadi .Baru buka api ,pastikan api tersebut perlahan . sentiasa kacau jangan sampai dia hangit ,kalau dah nampak bergentel gentel tu tutup api cepat-cepat.
  • tuangkan balik dalam blender . blend lagi selama 5minit .
  • masuk bekas , dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam atau 3 jam . 
DAH SIAP !
 APA LAGI ! 
JOM LAH RASA !




✿ Ƨтσяʏ βʏ Wαnα Dє'Lαvєяяα ✿

Khamis, April 28, 2016

Resepi Sup Ayam & Pencicah Sup (Sambal Kicap Pedas)

RESEPI SUP AYAM 



Bahan-bahannya ialah:

Beberapa ketul ayam
Garam dan lada sulah
1 sudu minyak makan
7 ulas bawang merah ( dihiris )
1 sudu lada hitam
4 cawan air
2 biji kentang
½ biji lobak merah ( carrot )
½ batang kayu manis
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 biji buah pelaga , bunga lawang , cengkih

Bahan Tumbuk :
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inchi halia
Sedikit Belacan dibakar

Cara-caranya ialah :
1.       Rebus ayam , carrot dan kentang  dengan 4 cawan air ( 30 minit dan toskan )
2.       Tumis bahan tumbuk dan kayu manis , buah pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga bau wangi dan masukkan sup punjut.
3.       Masukkan bawang merah , lada hitam, ayam ,kentang dan carrot dan 1 cawan air rebusan tadi .  masukkan jintan manis dan ketumbar. Biarkan seketika.
4.       Kacaukan masukkan air selebihnya dan masukkan garam sedikit serbuk lada sulah. biarkan seketika dan siap .




RESEPI PENCICAH SUP (SAMBAL KICAP PEDAS)


Bahan-bahannya ialah :

20 cili api warna hijau.
4 ulas bawang putih ( potong dadu )
1 sudu gula pasir
kicap
sedikit jus limau
sedikit air 

cara-caranya :
1. goreng cili api dan bawang selama 5minit .
2. blend cili dan bawang yang digoreng tadi ,masukkan gula pasir, kicap dan jus limau.
3. panaskan kuali,jangan letak minyak , api perlahan. masukkan bahan diblend tadi. sehingga mendidih masukkan sedikit air . 

Siap !!
selamat mencuba  :)




✿ Ƨтσяʏ βʏ Wαnα Dє'Lαvєяяα ✿

Selasa, April 26, 2016

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas & Sup Sayur Siew Pak Choy simple


RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS



Bahan-bahannya :

beberapa ketul ayam ( dipotong mengikut kesukaan anda)
1/2 biji bawang besar ( dipotong bulat )
2 ulas bawang putih ( dihiris halus )
2 biji kentang ( saya guna 1biji dipotong nipis )
2 biji tomato ( potong empat )
 2 - 3 senduk cili kering  (yang sudah di blend , kalau suka pedas lagi letak mengikut citarasa )
6 biji lada merah ( saya kehabisan lada , saya guna 6 biji lada cili hijau  ,dihiris)
garam
sedikit serbuk lada sulah.
1biji buah pelaga
1/2 batang kayu manis
1biji  bunga lawang 
lada hitam ( di tumbuk) 
2 senduk kecil kicap
1 sudu  makan sos cili

bahan kisar :
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
sedikit halia.


Cara-caranya : 

1- rebus ayam dengan 1 cawan air.
2-  tapiskan air rebusan ayam tadi untuk asingkan ayam . *simpan air rebusan ayam*
3- letakkan kentang dan ayam yang direbuskan tadi di mangkuk lain , tabur sedikit kunyit dan garam .
4- panaskan api , goreng ayam dan kentang selama 5 minit hingga 10 minit.
5- angkat dan toskan minyak.

6- panskan api,  tumis buah pelaga ,kayu manis dan bunga lawang seketika .
7- masukkan bahan yang telah dikisar tadi seingga naik bau.
8- masukkan cili di blend. sos cili dan kicap. biarkan selama 5minit.
9- masukkan sedikit garam , serbuk lada sulah .kacau .
10- letakkan 1 cawan air , tunggu ia mendidih dan masukkan bawang yang dipotong bulat tadi,
11- masukkan ayam dan kentang tadi ,kacau , biarkan selama 5minit
12 bila nak angkat tu masukkan tomato ,kacau... tunggu selama 2 atau 3 minit .

SIAP !!


RESEPI SUP SAYUR SIEW PAK CHOY SIMPLE


Bahan-bahannya :    

1biji  bawang kecil 
2 ulas bawang putih
1/2 batang lobak merah ( carrot )
2 kuntum bunga ,sayur siew pak choy 
1 cawan air rebusan ayam ( kalau takde boleh guna 1 kiub stok ayam )
sedikit garam 
sedikit serbuk lada sulah



Cara-caranya :

1- 1 atau 2 sudu besar minyak untuk menumis bawang kecil dan bawang putih dan carrot.
2- buang minyak tumisan tadi .
3- masukkan 1 cawan air rebusan ayam ( kalau takde ganti 1 cawan air dan letak 1 kiub ayam)
4-  tunggu ia mendidih , letakkan sedikit garam dan serbuk lada sulah .
5- bila dah nak angkat baru letak sayur .

SIAP !!

ready to served !
jom makan !
resepi ini ditulis saje untuk mengisi masa yang kosong.
bak kata orang , "sharing is caring !"




✿ Ƨтσяʏ βʏ Wαnα Dє'Lαvєяяα ✿

Isnin, April 18, 2016

RESEPI KEK GULA HANGUS



bahan-bahan yang diperlukan :

1 cawan gula pasir


1 cawan tepung gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

4 biji telur


2 sudu besar mentega atau marjerin (prefer planta or pelangi or buttercup)
untuk tekstur lagi cantik

1 cawan air panas

cara-caranya ialah

  1.  Cairkan gula pasir untuk membuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Pastikan api perlahan, dan lihat gula tersebut cair dan menjadi warna keperang perangan.
  2. Barulah tuangkan air panas sedikit demi sedikit. TAPI ANDA PERLU BERHATI-HATI SUPAYA IA TAK MERECIK kerana ia akan meletup-letup. 
  3. kacau supaya gula tersebut larut dengan air tadi. sebatikan.
  4. Campurkan mentega kedalam larutan gula dan air tadi . kacau sehingga tiada ketulannya. tutup api dan biarkan ia sejuk.
  5. Pecahkan telur dalam bekas lain , pecahkan satu persatu. kacau guna garfu je pun boleh. kacau sampai dia berbuih .macam nak buat telur dadar tu.
  6. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata. 
  7. masukkan pula tepung yang diayak dengan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Kacau rata perlahan. (tips : kalau tak nak ayak tepung pun boleh tapi kena tapis sebelum masuk dalam loyang nanti, takut ada tepung yang berketul-ketul)
  8. Akhir sekali, masukkan campuran (mentega,gula dan air) tadi, dan kacau rata secara perlahan. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  9. Panaskan loyang diatas dapur sekejap, cair kan sedikit mentega atau marjerin, angkat loyang dan sapu pada keliling loyang .lapikkan dengan kertas pembakar atau kertas minyak , kalau takde boleh guna kertas A4 yang bersih, potong ikut kesesuaian loyang masing-masing. 
  10. Kemudian tuang adunan tadi  kedalam loyang. tutup sebentar menggunakan (plastik wrap atau kain yang bersih atau pinggan ) selama 30minit atau 1 jam .
  11.  Bila dah perap buka penutup tadi. barulah masukkan loyang tersebut ke dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 5 minit pada suhu 160C. Bakar selama 1jam.


selamat mencuba !







✿ Ƨтσяʏ βʏ Wαnα Dє'Lαvєяяα ✿