RESEPI KENTANG WEDGES . |
BAHAN-BAHAN :
kentang (jumlah ikut awak nak banyak mana)
1 sudu besar lada hitam -di tumbuk (jadi serbuk)
tepung gandum ( saya guna 3 biji kentang , guna 4 sudu besar )
1/2 kiub ayam
garam
CARA-CARANYA :
- cuci kentang , rendam dengan air panas selama 5minit .
- angkat kentang dan potong bentuk wedges .jangan buang kulit .
- rebus kentang tadi , letak kan bersama kiub ayam dan sedikit garam. (untuk nak tahu kntang tu dah boleh angkat ke belum , amik garfu .cocok kat kentang . kalau dah lembut sikit dan tak keras sgt boleh angkat . jangan biarkan kentang rebus terlalu lama.)
- bila dah siap rebus, angkat dan toskan.
- letak dalam tupperware yang bertutup , kentang yang direbus tadi (setelah sejuk) . masukkan tepung dan lada hitam . tutup tupperware an goncang . biarkan selama 10 atau 15 minit.
- goreng kentang macam biasa. api sederhana dan sentiasa kacau takut ia terlalu hitam .
SIAP !
BAHAN-BAHAN :
2biji telur
1cawan minyak
2sudu besar cuka (saya guna cuka jalen)
1 sudu kecil garam
CARA-CARANYA:
- amik blender , masukkan semua bahan diatas . blend selama 5minit.
- amik periuk kecil atau kuali (ikut keselesaan awak) tuangkan semua bahan tadi .Baru buka api ,pastikan api tersebut perlahan . sentiasa kacau jangan sampai dia hangit ,kalau dah nampak bergentel gentel tu tutup api cepat-cepat.
- tuangkan balik dalam blender . blend lagi selama 5minit .
- masuk bekas , dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam atau 3 jam .
DAH SIAP !
APA LAGI !
JOM LAH RASA !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan