Khamis, April 28, 2016

Resepi Sup Ayam & Pencicah Sup (Sambal Kicap Pedas)

RESEPI SUP AYAM 



Bahan-bahannya ialah:

Beberapa ketul ayam
Garam dan lada sulah
1 sudu minyak makan
7 ulas bawang merah ( dihiris )
1 sudu lada hitam
4 cawan air
2 biji kentang
½ biji lobak merah ( carrot )
½ batang kayu manis
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 biji buah pelaga , bunga lawang , cengkih

Bahan Tumbuk :
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inchi halia
Sedikit Belacan dibakar

Cara-caranya ialah :
1.       Rebus ayam , carrot dan kentang  dengan 4 cawan air ( 30 minit dan toskan )
2.       Tumis bahan tumbuk dan kayu manis , buah pelaga, bunga lawang dan cengkih sehingga bau wangi dan masukkan sup punjut.
3.       Masukkan bawang merah , lada hitam, ayam ,kentang dan carrot dan 1 cawan air rebusan tadi .  masukkan jintan manis dan ketumbar. Biarkan seketika.
4.       Kacaukan masukkan air selebihnya dan masukkan garam sedikit serbuk lada sulah. biarkan seketika dan siap .




RESEPI PENCICAH SUP (SAMBAL KICAP PEDAS)


Bahan-bahannya ialah :

20 cili api warna hijau.
4 ulas bawang putih ( potong dadu )
1 sudu gula pasir
kicap
sedikit jus limau
sedikit air 

cara-caranya :
1. goreng cili api dan bawang selama 5minit .
2. blend cili dan bawang yang digoreng tadi ,masukkan gula pasir, kicap dan jus limau.
3. panaskan kuali,jangan letak minyak , api perlahan. masukkan bahan diblend tadi. sehingga mendidih masukkan sedikit air . 

Siap !!
selamat mencuba  :)




✿ Ƨтσяʏ βʏ Wαnα Dє'Lαvєяяα ✿

Tiada ulasan: